Friday, December 26, 2008

MAT REMP-IT


Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.


Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik

ISTERI TERSAYANG


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

MENTOL


Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.

Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

MANDI KUCING


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata...!
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

Friday, December 19, 2008

Thursday, December 18, 2008

suka bersangka-sangka


Manusia hari ini suka bersangka-sangka. Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk..

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela........

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api.. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

ada otak pakai


Barangkali ada di antara kita yang pernah mendengar satu anekdot kira-kiranya berbunyi: (ini versi ciptaan pakdi)

Pada satu hari, seorang peniaga otak sedang mempromosikan koleksi otak terpakai yang terdapat di kedainya kepada seorang pelanggan. Lalu diperkenalkanlah otak-otak terpakai yang ada dan nilaiannya sekali.

"Ini otak orang Jepun, harganya RM 50."
"Ini otak orang Jerman, harganya RM 500."
"Ini otak orang Perancis, harganya RM 5 000."
"Ini otak orang Amerika, harganya RM 50 000."
"Dan ini otak orang Melayu, harganya RM 5 juta."

Si pelanggan terkejut kerana otak terpakai orang Melayu paling mahal. Lalu ditanyakan kenapa.Maka jawapan si peniaga otak terpakai adalah kerana otak terpakai orang Melayu masih banyak mempunyai ruang yang boleh digunakan lagi berbanding otak terpakai bangsa lain.

Pakdi tidak tahu siapa yang mencipta anekdot ini,tetapi Pakdi pernah mendengarnya sejak dari sekolah rendah lagi mengenai sifat orang Melayu malas berfikir. Nasib baik aku jawa.

Ada pensyarah Pakdi yang begitu anti kepada pelajarnya yang berkemampuan mendapat markah yang tinggi tetapi tidak boleh menjawab soalan berbentuk kritikal. Bila dilontarkan persoalan yang berada di luar buku teks, maka mulalah menggelabah mencari jawapan sedangkan jawapan tersebut sebenarnya mereka sudah tahu cuma
soalannya sahaja berbelit-belit. Pensyarah-pensyarah sebegini amat menghargai jawapan yang tidak menggunakan ayat-ayat buku atau seperti yang pernah disebut oleh salah seorang dari mereka, 'bookish answer.' Tetapi ada juga pensyarah yang tidak boleh tidak, jawapannya mesti sama seperti dalam nota yang diberinya.

Berfikir itu seronok. Apatah lagi kalau memikirkan sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk diri sendiri. Berfikir itu juga mudah. Tetapi tidak ramai juga orang yang benar-benarmenggunakan otaknya untuk berfikir. Barangkali orang yang tidak berfikir ini adalah orang yang tidak tahu memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan. Langkah pertama untuk berfikir adalah kita perlu membuka kerangka minda kita seluas-luasnya atau dalam erti kata lain, melakukan anjakan paradigma.

"Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."

Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia akan terus memaki dan marah-marah. Tetapi orang yang berfikir akan menemui teori graviti, seperti Isaac Newton. Orang yang tidak berfikir juga akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas daun keladi, tetapi orang yang berfikir akan mencipta peribasa,-Bagai mencurah air di daun keladi- dan orang yang berfikir lebih jauh akan menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet F1 yang kalis air.

Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan bacaan lainnya. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran sambil mentadabbur makna dan isi kandungannya lalu dijumpakan olehNya penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang telah termaktub di dalam al-Quran.

Manusia diciptakan dengan otak manusia terletak di bahagian yang paling atas sejajar dengan pengiktirafan Allah swt terhadap manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian. Tetapi ramai juga manusia meletakkan otaknya di kepala lutut malah lebih teruk lagi di bawah tapak kaki. Allah telah mengumpamakan manusia lebih teruk daripada binatang sekiranya mereka tidak memanfaatkan anugerah akal.

Pejuang wanita aliran liberal seperti Sisters In Islam selalu mengatakan hukum memakai tudung bagi wanita itu adalah diskriminasi. Tetapi penemuan pasangan penyelidik, Allan dan Barbara Pease yang mengkaji perbezaan lelaki dan wanita dalam bukunya,Why Men Can't Listen And Women Can't Read Maps serta Why Woman Cry and Men Lie, telah menyatakan, pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model wanita
adalah lelaki. Dan pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model lelaki juga adalah lelaki. Penonton teramai Miss Universe adalah lelaki, tetapi yang menonton Mr
Universe itu tidak ramai, dan amat sedikit wanita yang menontonnya.

Kerana menurut mereka, lelaki itu memang akan berasa ghairah cukup melalui pandangan. Tetapi wanita perlu dahulu dibelai dahulu untuk meransang mereka. Justeru, melihat bahan lucah, bagi kebanyakan wanita, ia adalah perbuatan yang jijik. Tetapi bagi lelaki ia adalah seronok lagi menghiburkan. Sebab itulah kadang-kadang Tok Imam dan Pak Bilal pun mengeluh,"Kalau camni, mau terangkat kopiah aku."
bila melihat wanita berbaju ketat dan berseluar sendat lalu di hadapan mereka.

Maka sebab itulah wanita perlu memakai tudung, memakai pakaian yang labuh, kerana secara fitrahnya lelaki akan boleh terus teransang bila melihat kecantikan wajah wanita, bentuk tubuh badan wanita dan lenggok suara mereka. Tetapi lelaki cukup untuk menutup bahagian antara pusat dan lutut kerana tidak ada wanita yang teransang melihat rambut lelaki dan melihat lelaki memakai seluar. Malah keseluruhan badan
lelaki pun belum tentu dapat mengghairahkan kebanyakan wanita.

Mempertikaikan hukum Allah yang sabit nas yang qatie adalah tindakan orang yang tidak berfikir. Persoalan kasihan kepada pencuri yang dipotong tangannya adalah kata-kata orang yang tidak berfikir. Seharusnya yang perlu dikasihankan adalah orang yang dicuri barangnya bukan yang mencuri barang orang lain. Dan pencuri yang mencuri disebabkan kemiskinan tidak akan dipotong tangannya kerana bercampurnya perkara
syubhah.

Seterusnya,mempertikaikan persoalan pewarisan harta 2:1 antara anak lelaki dan perempuan juga menunjukkan mereka tidak berfikir jauh. Dalam Islam, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Justeru, mendapat 2 bahagian pewarisan harta sekalipun, adakalanya bahagian yang dinikmati oleh si suami tidak sampai 1 bahagian pun setelah harta tersebut digunakan untuk menyara keluarga. Berbanding wanita, mereka tidak wajib menyara keluarga, justeru dah dapat 1 bahagian
pewarisan adalah mencukupi. Yang salah bukannya hukum Islam, tetapi sikap suami-suami yang menzalimi para isteri, dan mereka mempersoalkan hukum.

Kenapa orang murtad perlu dibunuh? Ia melanggar hak asasi manusia. Begitulah kira-kira dakwaan mereka dengan secara jahil menggunakan hujah “Tiada paksaan dalam beragama.” (al-Baqarah: 256)

Islam itu bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah satu cara hidup yang sempurna. Mempunyai sistem kehidupan yang lengkap dalam semua aspek. Sejahat-jahat kumpulan samseng mahupun along dan tonto, mereka juga patuh kepada sistem yang menjadi teras aktiviti jenayah mereka. Tetapi kenapa Muslim dihalang mengikut sistem hidup yang digariskan? Kalaulah isu hak asasi manusia itu penghalang, kebebasan peribadi itu dan ini, maka sudah tentu jabatan askar, polis, bomba juga mesti dikecam oleh
mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia membabi buta ini. Mereka dimestikan memakai pakaian seragam hampir sepanjang waktu.

Tidak ada askar dihantar kemedan perang dengan jersi bola sepak. Tidak ada polis trafik menjaga lalu lintas dengan baju Melayu lengkap bersampin. Tidak ada bomba memadamkan kebakaran dengan berbaju punk mahupun hip hop. Sedangkan mereka juga ada hak peribadi untuk memakai jersi, baju kebangsaan dan baju yang mereka minati pada bila-bila masa.Lalu jawapan mereka sudah pasti itu adalah kerana undang-undang, peraturan,sistem dan tugas mereka sudah begitu. Lantas tidak ada salahnya pada jabatan-jabatan tersebut. Manakala apabila Islam mahu melaksanakan undang-undang, segala sistem dan peraturannya ia dihalang dengan pelbagai alasan yang tidak masuk dek akal.

Seterusnya untuk berfikir dengan matang, kita adakalanya perlu berfikir dari luar kotak diri sendiri. Think outside the box. Kalau kita pelajar, cuba fikir sebagai guru dan pensyarah. Kalau kita bos, cuba berfikir sebagai pekerja bawahan. Kalau kita bapa, cuba berfikir sebagai anak. Kalau kita menteri,cuba berfikir sebagai rakyat biasa. Kerana manusia selalunya tidak nampak gajah di depan mata tetapi boleh melihat kuman nun jauh di kutub selatan.Kita adakalanya perlu berfikir di luar dari kelompok dan golongan kita sahaja. Kadang-kadang kita dah rasa cukup bagus, tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya, kita rasa kita sahaja yang betul dan orang lain itu
semuanya salah. Sedangkan konsep yang perlu kita pegang adalah keseluruhan manusia itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Orang yang suka berfikir tidak dapat dibodoh-bodohkan sewenangnya. Orang yang boleh membenarkan dirinya diperbodoh, dipergunakan dan dieksploitasi itu adalah orang yang tidak dapat berfikir dengan normal. Pelajar undang-undang akan menemui kes Geron Ali. Kes pembunuhan yang berlaku di Calcutta India pada tahun 1941. Kerana mempercayai membunuh orang boleh membawa ke syurga, dia akhirnya telah memenggal kepala seorang pemuda dan anak perempuannya kemudiannya tanpa rasa bersalah membawa
kedua-dua kepala itu di khalayak ramai dan seterusnya menyerahkan kepala-kepala tersebut kepada ketuanya. Akhirnya, mahkamah telah mendapati dia seorang yang tidak dapat berfikir dengan normal.

Itu kisah orang yang memang gila. Tetapi bagaimana pula orang yang boleh berfikir tetapi masih membenarkan diri mereka dipergunakan? Seperti diberi jawatan mufti, imam besar dan qadhi lalu dikehendaki berceramah dan berkhutbah mengikut selera pemerintah semata-mata bukannya bercakap berlandaskan kebenaran.Diberi jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan lalu tugasnya hanya menurunkan tandatangan di bawah kata-kata,”Saya Yang Menurut Perintah.” Bukannya tidak boleh berfikir. Tetapi perihal duit selalu menjadi penghalang kepada mereka yang sudah bekerja untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kerana itulah bekerja sendiri itu jauh lebih baik dari makan gaji.

Orang yang berfikir dan berani bertindak selalunya digelar aktivis. Sama ada aktivis pelajar, aktivis buruh dan lain-lain. Mereka ini adalah golongan yang perlu dibendung dan disekat oleh pemerintah yang mengamalkan kuasa pemerintahan aliran seni kediktatoran. Kalau dipandang sekali imbas, apa yang nak ditakutkan kepada manusia yang masih membeli buku dengan duit ibu bapa ini? Apa yang nak digeruni kepada manusia-manusia yang bekerja bagai nak rak 24 jam sehari semalam ini? Tetapi bila difikirkan pengaruh dan kuasa tersembunyi yang ada pada mereka, lalu
diperkenalkanlah segala macam akta serta peraturan biar mereka takut untuk berfikir jauh serta kritis supaya tidak ada penentangan yang berlaku terhadap seni kediktatoran mereka.

Negara-negara maju tidak pernah menghalang kebebasan berfikir terhadap rakyat mereka. Lalu mereka terus maju dan maju. Tetapi negara-negara mundur dan membangun begitu takut kepada rakyat mereka yang boleh berfikir secara kritis. Lalu berterusanlah mundur dan terbantut dan tidak maju-maju.

Rasulullah saw tidak menyukai sahabat-sahabat besar bertanyakan hal-hal kecil kepada baginda. Kerana dalam perkara-perkara cabang, berfikir sendiri pun mereka sudah boleh mendapat jawapannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip umum yang digariskan baginda. Malah, baginda sendiri banyak mengamalkan syura dengan para sahabat, sedangkan baginda adalah nabi yang sentiasa boleh meminta wahyu dari Allah. Tetapi untuk menggalakkan budaya berfikir, maka suasana yang sihat perlu diwujudkan dengan saling berbincang, tegur-menegur dan mengkritik secara baik. Sekiranya semua perkara itu perlu kepada penurunan wahyu yang khusus, sudah tentu Islam tidak akan berkembang denganbaik selepas kewafatan Nabi saw.

Justeru, jadilah ubi berisi dan bukannya tong kosong.Fikirlah seluas-luasnya selagi mana ia tidak bertentangan dengan batasan syariat. Sesungguhnya keseronokan berfikir ini hanya dikecapi oleh orang-orang yang sudah melaluinya sahaja. Berfikir membebaskan diri kita dari budaya jumud dan taklid.Orang yang berfikir tidak akan membiarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Wallahua’lam.

Wednesday, December 17, 2008

kisah cinta kami

Tahun 2003, segalanya bermula. Perhubungan yang dimulakan dengan sebuah persahabatan.
Ketika itu, aku baru lagi menuntut di Politeknik Dungun Terengganu (sekarang dikenali dengan nama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan dirinya pula juga baru menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun, Terengganu dalam bidang Pengurusan Pejabat & Teknologi.

Pada awalnya, kami hanyalah kenalan. Masih ingat lagi ketika itu, aku memberikannya nombor telefon ku. Niat ku ketika itu hanyalah untuk berkenal-kenal dengan dirinya. Maklumlah waktu itu, aku baru memiliki hanset sendiri. Aku juga baru berjinak-jinak dengan SMS. Abis aku jaja nombor telefon ku itu. Niat ku ingin mengisi masa lapang pada mulanya. Aku tidak bertepuk sebelah tangan apabila dirinya juga memberikan nombor telefonnya kepada diriku. Waktu itu aku memang tidak menyangka sama sekali. Rupanya, timbul juga keinginan dalam dirinya untuk berkenalan dengan diriku.

Kali pertama aku menghubunginya adalah pada malam ulang tahun hari jadinya yang ke-18 tahun. Aku juga tidak menyangka pada mulanya. Aku cuba untuk menghubunginya. Tetapi dia tidak berani untuk mengangkatnya. Alasan yang diberikan dalam SMS adalah suasana bising dalam biliknya yang pada ketika itu semua orang sedang meraikan ulangtahun hari jadinya.

Aku hanya memberikan ucapan Selamat Hari Jadi kepadanya,dengan harapan dia dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezekinya. Mula daripada itu, kami sering berbalas SMS. Namun, dia mahu dirinya dikenali sebagai kenalan dalam SMS sahaja. Aku juga akur dengan kehendaknya. Jadi, aku memang tidak pernah menelefonnya pada tahun 2003 itu.

Kenapa hari ini aku terlalu bosan yer???

Erm.. Tak tahu la napa ngan ari ni.. Macam xceria jer.. Message ngan awek pun biasa2 jer.. Dier pun aku dapat rasakan ader masalah dalam diri dier.. Puas aku tanya kenapa.. Tapi jawapan still sama.. Takder pape la.. Cyg ok.. Erm.. Kadang2 ati aku yang jahat ni berkata "Apa guna la aku jadi pakwe dier kalu dier xleh nak share ngan aku"??? Tapi ati baik plak berkata, "Tak sumer benda dier leh share ngan kita".. Aku pun mengikut firasat hati baik aku tue.. Maybe dier terlampau risaukan result exam yang sepatutnya diumumkan pada hari ini.. Tetapi ditunda plak pada keesokan harinya..
Tapi aku risaukan dirinya..

ERM..APE LA YANG AKU MENGARUT NIE..SEMESTINYA AKU DAH BOSAN..SEBAB TU AKU MENGARUT JER NIE..HAHAHA..TAK FAHAM JANGAN BACA..HUHUHU

Pengajaran Buat Ayah Yang Bekerja


Good story to share..
Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak : Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah : "Ya...nak tanya apa?"
Anak : "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah : "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.
Anak : "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah : "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak : "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah.

Kemudian memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?". Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit ? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..." Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan. "Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

THE MORAL OF THIS STORY : -

Share this story with someone you like.... But even better, share RM20 worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.
An unwise investment indeed!!
So what is the moral of the story????
Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ?
FAMILY = FATHER AND MOTHER, I LOVE YOU

SERASIKAN PASANGAN ANDA.



Zodiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama. Tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Emmmmm…adakalanya macam betul saja kan…suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. Apa kata kamu Tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak kamu. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian kamu dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn..

Contoh :-

Gemini + Libra = 1
= Sehati Sejiwa





NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA


Wah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.


NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI

Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.


NO 3 – SALING MEMBANTU


Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.


NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.


Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu. Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.


NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO

Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.


NOMBOR 6 – KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.

Walaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ‘perang mulut’ kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap ‘panas hati’ bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air…..pandai-pandailah kamu yea….

NOMBOR 7 – TIDAK SERASI LANGSUNG

Huarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declarewar! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu., Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu. Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?

Psstttttttttt......
Emmmmm……bagaimana dengan kamu? Apakah pasangan kamu serasi dengan kamu?
Jangan terlalu percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul…itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Semoga anda mencuba..........

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Kisah dari Penjara Pudu


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa
dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh
pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh
ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata....... "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu" "Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa"

"Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa"

"Ha Ha Ha Ha Ha"

"Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa"

Mendengarkan jin tersebut berkata demikian maka lintang pukanglah berlari P.Ramlee meninggalkan gua itu.. Sekian adanya.........padan muka korangggggg..

Nilai Seorang Isteri


Cubalah bayangkan anda kehilangan isteri buat selama-lamanya...

Bagaimana hendak mengukur besarnya nilai seorang isteri?
Bagaimana pula pengorbanan isteri ini hendak dirasakan oleh suami sebagai pengorbanan?

Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia hilang atau sudah tiada. Misalnya, berharganya nilai kesihatan dalam hidup akan benar-benar dirasai waktu ditimpa sakit. Kerana itu dikatakan bahawa `mahkota' sihat hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit. "Kesihatan adalah ibarat mahkota yang terletak diatas kepala orang yang sihat, tetapi tiada yang dapat melihatnya kecuali orang yang sedang sakit," demikian kata hukamak.

Kalau begitu, nilai pengorbanan isteri akan benar-benar dirasai hanya bila isteri tiada di sisi atau terlantar sakit. Waktu itu suami akan benar-benar terasa kehilangan. Terasa seperti putus sebelah tangan atau pincang sebelah kaki. Sebab itu ramai suami yang cukup bimbang jika isteri sakit.

Siapa hendak hidangkan makanan, siapa hendak sediakan pakaian waktu hendak pergi kerja, siapa hendak uruskan anak-anak, siapa hendak buat itu dan buat ini. Waktu itu suami akan sangat berterima kasih kepada isteri yang selama ini membantu membereskan banyak urusan dan melakukan pelbagai kerja di rumah.

Ditakdirkan isteri meninggal dunia, jasa dan pengorbanannya akan tetap dikenang sampai bila-bila. Isteri yang telah pergi tidak ada galang gantinya. Andainya suami berkahwin lagi sekalipun, kehadiran isteri baru tidak akan sama dengan yang telah pergi. Kerana, masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Sebab itu, Rasulullah s.a.w. tetap mengenangkan Siti Khadijah selepas ketiadaannya walaupun baginda telah berkahwin dengan Siti Aisyah yang lebih muda, cantik dan cerdik.

Oleh itu, jika suami hendak menilai besarnya pengorbanan isteri, satu cara ialah dengan membayang-bayangkan andainya isteri tiada di sisi. Atau isteri sakit tidak dapat melakukan sebarang kerja.

Renungkan, kalau selama ini suami mungkin selalu mencari-cari kelemahan dan kesalahan isteri, bagaimana rasanya kalau isteri tiada. Lebih dulu dipanggil menghadap Allah atau terlantar sakit berbulan-bulan lamanya.

Baru terasa bahawa si isteri yang dianggap mempunyai banyak kelemahan atau kekurangan itulah yang menjadikan kehidupan suami lebih terurus. Dalam serba kekurangannya, si isteri itulah yang menjadi penyeri dan pelengkap dalam rumahtangga. Bila dia tiada di sisi, hilang segala seri. Terasa pincang perjalanan rumah tangga.


Waktu itu baru terasa bahawa tidak patut isteri ini dimarah-marah kalau dia buat silap. Sedikit `demerit', kesalahan atau kealpaan yang dibuatnya tidak patut membuatkan suami lupa pada segala susah payah dan pengorbanannya. Dan sepatutnyalah isteri ini sentiasa diberi kalungan penghargaan.

(Koleksi Majalah Anis/ Oleh Rozana Hamim)

Ayat-ayat cinta


Tq.cyg pn syg sgt kt abg. xtau nape.biasa xgni.. Cyg serius n abg,xmen & nk kawin n abg.. Tq coz syg, cintakan cyg.. Cyg try jd yg terbaiq tuk abg.

Monday, December 8, 2008

(^_~)v


Em,cyg pn tkt abg tgalkn cyg.. :-( napak j cyg xcare abg cam abg wat kt cyg but i do luv u.syg sgt k abg