Sunday, November 30, 2008

anak melayu tidak bersifat nasionalis?

jika diukur tahap ekonomi dan sosial kaum melayu, bukanlah berada dalam tahap yg terbaik. apa puncanya? mungkin dari segi jatidiri. ya. jatidiri sesorg itu dgn secara tidak lansung adalah faktor untuk memajukan sesebuah bangsa. mungkin zaman ini tidak ada lagi kelihatan anak muda berkeris, bersamping, malah nak tengok pakai songkok kat bandar pun susah. malu katanya. memang. itu tidak akan jadi persoalan kerana ramai akan berkata pada saya - zaman telah berlalu. mungkin benar. tetapi tidak kira beribu tahun yg akan ditempuhi, kita tetap rumpun melayu. (sy merujuk konteks 'rumpun melayu' ini kepada bangsa nusantara.bugis, jawa etc..). mungkin anak melayu skrang lebih kepada kebaratan. tidak salah. yg penting landasan agama dan adat resam dijaga. dgn itu akan wujudnya satu evolusi bangsa. jatidiri.

jatidiri adalah nadi utama seseorg. bagaimana kita nak terangkan jatidiri ini?
ianya bersifat subjektif dan lain org lain pendapat mereka. mungkin kurang kesedaran terhadap nasionalisme bangsa, kurang minat terhadap sejarah dan kurangnya minat
untuk bersaing dlm segi ilmu, ekonomi dan sosial adalah punca anak2 melayu kita sekarang 'buat bodo' terhadap keadaan semasa. lantas itu melayu sekarang ini lebih layu dan laebih teruk daripada melayu zaman moyang2 kita. tanpa kesedaran, segalanya tidak akan bermakna. dan sehinggakan penyatuan agung bangsa melayu yg dalam peringkat mukadimah ini dipandang serong.

saya tidak mahu perpecahan bangsa melayu seperti skarang (antara individu, parti politik, kegiatan ekonomi) akan berterusan sehingga sampai masanya ada drpd kalangan
generasi kita menjadi tampuk pemerintahan negara. pada waktu itu, jika semua ini tidak berubah, jgn kita menunding jari sesama sendiri.. kerana sifat SAMBIL LEWA dan TONG KOSONG, anak-anak kita tidak akn dapat pendidikan yg cukup,kerja yang baik,
taraf sosioekonomi yang sempurna, dan mungkin tiada makanan yg sempurna..

gara-gara sihat tidak ambil endah kita.. saya tidak mahu cucu cicit kita akan kencing di kuburan kita dan berkata; 'moyang tidak guna! apa yang ada untuk kami sekarang??' haha.. mungkin tidakla sampai taraf begitu. tidak kira kita dimana, rock tahap mana lagu yg kita dgr,atau strikingnya merah rambut kita kaler.. anda tetap melayu. walaupun nama tiru mcm org puteh.. hahaha.. sedar tidak sedar, dah berjela saya tulis.. enjoy, mungkin ada org yg mengatakan kita terlalu muda untuk memikirkan tentang persoalan bangsa ini.. pada saya pula.. 'nothing's too young to die' terpulang. saya cuma sebutir pasir halus.. diatas pantai yg amat cantik.. teruskan hidup kita.. rock kita, metal kita, rempit kita, ganas kita, vogue kita, kalut kita... kita melayu baru.. mungkin mmg begitu.. fikir bagaimana kita boleh hidup dlm
keadaan sekarang.. fikir bagaimana kita boleh meneruskan segalanya, untuk 100 thn lg.

from: man dragon

luahan hati..

cyg t'haru sgt ngn kad y abg bg..time ksh byk2..sory bbyk cyg xbg pe2 pun u abg..tp ketahuilh hati cyg hny u abg..hatiku adlh mlikmu.. ykinlh wlau jrk y m'misahkn kita.. cinta,kasih syg&setia cyg hny pd abg..cyg b'hrp sgt kt sma2 jjur&setia.. maafkn cyg krn prnh wat abg cdih&byk m'yusahkn abg..time ksh krn ambl brt akn dr cyg&m'beri sinar kbhagiaan pd cyg..cyg sntiasa b'doa agar hub kt kkal slmanya..abg adlh matahari cyg..cyg cntakan abg spnuh ht cyg..kta2 ikhlas dr hati cyg..love u.

cayang..

Cayang...
Kalaupun syurga itu indah, Aku tetap pilih kamu...
Kalaupun hembusan angin itu menyenangkan, Aku tetap pilih kamu...
Kalaupun waktu itu adalah nyawa, Aku akan tetap... Pilih kamu...
Dan sekarang kamu nampakkan...
Betapa besarnya kamu dalam aku...
I Love You Cayang...

oh cayang..

erm.. semalam aku baru jer anto awek aku nie balik kampung dier kat pasir mas.. macam mana lah aku menepuh ari² mendatang nie tanpa dier dekat di sisi.. ala... sebelum² nie pun bukanlah kat depan mata aku pun.. dier kat shah alam.. aku kat ayer keroh.. sebulan kadang 2/3 kali jer leh jumpe... at least boleh la gak la jumpe² kalu ader kelapangan.. tapi... kali dier semakin jauh dengan aku.. nie yang aku bertambah rindu ngan dier nie.. Cayang... bila kita leh jumpa lagi nie.. lambat lagi la.. Mesti abang akan merindui cayang setiap masa dan ketika... Miz you cayang.. I Love You...

Tahukah Anda????

1. Tahukah Anda???? Apabila 350ml air yang diambil dari paip sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah Anda???? Bahawa air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah Anda???? Bahawa Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda???? Dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda???? Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda???? Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda???? Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda???? Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

9. Tahukah Anda???? Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah Anda???? Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita..

hmmm... macam orang punya akal la ni...

...Tahukah Anda???? Jika anda menjolok lubang plug elektrik di rumah anda dengan tangkai garpu, jiran anda akan makan kenduri 3 malam di rumah anda???? =)