Sunday, November 30, 2008

anak melayu tidak bersifat nasionalis?

jika diukur tahap ekonomi dan sosial kaum melayu, bukanlah berada dalam tahap yg terbaik. apa puncanya? mungkin dari segi jatidiri. ya. jatidiri sesorg itu dgn secara tidak lansung adalah faktor untuk memajukan sesebuah bangsa. mungkin zaman ini tidak ada lagi kelihatan anak muda berkeris, bersamping, malah nak tengok pakai songkok kat bandar pun susah. malu katanya. memang. itu tidak akan jadi persoalan kerana ramai akan berkata pada saya - zaman telah berlalu. mungkin benar. tetapi tidak kira beribu tahun yg akan ditempuhi, kita tetap rumpun melayu. (sy merujuk konteks 'rumpun melayu' ini kepada bangsa nusantara.bugis, jawa etc..). mungkin anak melayu skrang lebih kepada kebaratan. tidak salah. yg penting landasan agama dan adat resam dijaga. dgn itu akan wujudnya satu evolusi bangsa. jatidiri.

jatidiri adalah nadi utama seseorg. bagaimana kita nak terangkan jatidiri ini?
ianya bersifat subjektif dan lain org lain pendapat mereka. mungkin kurang kesedaran terhadap nasionalisme bangsa, kurang minat terhadap sejarah dan kurangnya minat
untuk bersaing dlm segi ilmu, ekonomi dan sosial adalah punca anak2 melayu kita sekarang 'buat bodo' terhadap keadaan semasa. lantas itu melayu sekarang ini lebih layu dan laebih teruk daripada melayu zaman moyang2 kita. tanpa kesedaran, segalanya tidak akan bermakna. dan sehinggakan penyatuan agung bangsa melayu yg dalam peringkat mukadimah ini dipandang serong.

saya tidak mahu perpecahan bangsa melayu seperti skarang (antara individu, parti politik, kegiatan ekonomi) akan berterusan sehingga sampai masanya ada drpd kalangan
generasi kita menjadi tampuk pemerintahan negara. pada waktu itu, jika semua ini tidak berubah, jgn kita menunding jari sesama sendiri.. kerana sifat SAMBIL LEWA dan TONG KOSONG, anak-anak kita tidak akn dapat pendidikan yg cukup,kerja yang baik,
taraf sosioekonomi yang sempurna, dan mungkin tiada makanan yg sempurna..

gara-gara sihat tidak ambil endah kita.. saya tidak mahu cucu cicit kita akan kencing di kuburan kita dan berkata; 'moyang tidak guna! apa yang ada untuk kami sekarang??' haha.. mungkin tidakla sampai taraf begitu. tidak kira kita dimana, rock tahap mana lagu yg kita dgr,atau strikingnya merah rambut kita kaler.. anda tetap melayu. walaupun nama tiru mcm org puteh.. hahaha.. sedar tidak sedar, dah berjela saya tulis.. enjoy, mungkin ada org yg mengatakan kita terlalu muda untuk memikirkan tentang persoalan bangsa ini.. pada saya pula.. 'nothing's too young to die' terpulang. saya cuma sebutir pasir halus.. diatas pantai yg amat cantik.. teruskan hidup kita.. rock kita, metal kita, rempit kita, ganas kita, vogue kita, kalut kita... kita melayu baru.. mungkin mmg begitu.. fikir bagaimana kita boleh hidup dlm
keadaan sekarang.. fikir bagaimana kita boleh meneruskan segalanya, untuk 100 thn lg.

from: man dragon

1 comment:

LeaQistina said...

salam eL..

wah.. berkobar2 dan berapi2 nampaknya kata-kata yang dititipkan disini..

mengapakah sikap nasionalisma ini tidak lagi berada dalam jiwa anak muda melayu masa kini.. saya rasa ini semua berpunca daripada tiadanya rasa sayang pada bangsa dan agama kita yang tercinta..

namun.. janganlah kita hanya ingin menuding jari pada anak muda remaja.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. pandanglah dan lihatlah.. apakah yang berlaku pada perkembangan politik melayu pada masa kini.. melayu sesama melayu saling kata mengata dan saling tidak menghormati satu sama lain.. ada juga melayu yang meminta hak melayu itu sendiri dikurangkan dan dikongsi bersama bangsa-bangsa lain.. kononnya mereka pencinta bangsa malaysia.. sedangkan mereka semua lupa.. apa gunanya bangsa malaysia yang gah andai nanti.. yg ada cumalah

bangsa cina + bangsa india + bangsa malaysia = bangsa malaysia

tiada lg melayu.. yg tinggal hanyalah malaysia..

anak-anak muda masa kini pula yang 'buta' sejarah penubuhan negara.. hanyut ditelan kata-kata dusna manusia durjana yang hanya cuba untuk mengaut keuntungan buat diri mereka tanpa memikirkan kepentingan serta keharmonian bangsa..

aladoi.. nmpk nya saya juga terkomen dengan agak panjang.. hehe.. seronok rupanya tinggalkan komen diblog orang sambil minum kopi.. hehe..

oklah eL.. nak minum nanti buatlah sendiri... huhu..