Friday, December 26, 2008

MAT REMP-IT


Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.


Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik

ISTERI TERSAYANG


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

MENTOL


Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.

Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

MANDI KUCING


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata...!
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

Friday, December 19, 2008

Thursday, December 18, 2008

suka bersangka-sangka


Manusia hari ini suka bersangka-sangka. Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk..

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela........

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api.. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

ada otak pakai


Barangkali ada di antara kita yang pernah mendengar satu anekdot kira-kiranya berbunyi: (ini versi ciptaan pakdi)

Pada satu hari, seorang peniaga otak sedang mempromosikan koleksi otak terpakai yang terdapat di kedainya kepada seorang pelanggan. Lalu diperkenalkanlah otak-otak terpakai yang ada dan nilaiannya sekali.

"Ini otak orang Jepun, harganya RM 50."
"Ini otak orang Jerman, harganya RM 500."
"Ini otak orang Perancis, harganya RM 5 000."
"Ini otak orang Amerika, harganya RM 50 000."
"Dan ini otak orang Melayu, harganya RM 5 juta."

Si pelanggan terkejut kerana otak terpakai orang Melayu paling mahal. Lalu ditanyakan kenapa.Maka jawapan si peniaga otak terpakai adalah kerana otak terpakai orang Melayu masih banyak mempunyai ruang yang boleh digunakan lagi berbanding otak terpakai bangsa lain.

Pakdi tidak tahu siapa yang mencipta anekdot ini,tetapi Pakdi pernah mendengarnya sejak dari sekolah rendah lagi mengenai sifat orang Melayu malas berfikir. Nasib baik aku jawa.

Ada pensyarah Pakdi yang begitu anti kepada pelajarnya yang berkemampuan mendapat markah yang tinggi tetapi tidak boleh menjawab soalan berbentuk kritikal. Bila dilontarkan persoalan yang berada di luar buku teks, maka mulalah menggelabah mencari jawapan sedangkan jawapan tersebut sebenarnya mereka sudah tahu cuma
soalannya sahaja berbelit-belit. Pensyarah-pensyarah sebegini amat menghargai jawapan yang tidak menggunakan ayat-ayat buku atau seperti yang pernah disebut oleh salah seorang dari mereka, 'bookish answer.' Tetapi ada juga pensyarah yang tidak boleh tidak, jawapannya mesti sama seperti dalam nota yang diberinya.

Berfikir itu seronok. Apatah lagi kalau memikirkan sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk diri sendiri. Berfikir itu juga mudah. Tetapi tidak ramai juga orang yang benar-benarmenggunakan otaknya untuk berfikir. Barangkali orang yang tidak berfikir ini adalah orang yang tidak tahu memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan. Langkah pertama untuk berfikir adalah kita perlu membuka kerangka minda kita seluas-luasnya atau dalam erti kata lain, melakukan anjakan paradigma.

"Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."

Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia akan terus memaki dan marah-marah. Tetapi orang yang berfikir akan menemui teori graviti, seperti Isaac Newton. Orang yang tidak berfikir juga akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas daun keladi, tetapi orang yang berfikir akan mencipta peribasa,-Bagai mencurah air di daun keladi- dan orang yang berfikir lebih jauh akan menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet F1 yang kalis air.

Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan bacaan lainnya. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran sambil mentadabbur makna dan isi kandungannya lalu dijumpakan olehNya penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang telah termaktub di dalam al-Quran.

Manusia diciptakan dengan otak manusia terletak di bahagian yang paling atas sejajar dengan pengiktirafan Allah swt terhadap manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian. Tetapi ramai juga manusia meletakkan otaknya di kepala lutut malah lebih teruk lagi di bawah tapak kaki. Allah telah mengumpamakan manusia lebih teruk daripada binatang sekiranya mereka tidak memanfaatkan anugerah akal.

Pejuang wanita aliran liberal seperti Sisters In Islam selalu mengatakan hukum memakai tudung bagi wanita itu adalah diskriminasi. Tetapi penemuan pasangan penyelidik, Allan dan Barbara Pease yang mengkaji perbezaan lelaki dan wanita dalam bukunya,Why Men Can't Listen And Women Can't Read Maps serta Why Woman Cry and Men Lie, telah menyatakan, pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model wanita
adalah lelaki. Dan pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model lelaki juga adalah lelaki. Penonton teramai Miss Universe adalah lelaki, tetapi yang menonton Mr
Universe itu tidak ramai, dan amat sedikit wanita yang menontonnya.

Kerana menurut mereka, lelaki itu memang akan berasa ghairah cukup melalui pandangan. Tetapi wanita perlu dahulu dibelai dahulu untuk meransang mereka. Justeru, melihat bahan lucah, bagi kebanyakan wanita, ia adalah perbuatan yang jijik. Tetapi bagi lelaki ia adalah seronok lagi menghiburkan. Sebab itulah kadang-kadang Tok Imam dan Pak Bilal pun mengeluh,"Kalau camni, mau terangkat kopiah aku."
bila melihat wanita berbaju ketat dan berseluar sendat lalu di hadapan mereka.

Maka sebab itulah wanita perlu memakai tudung, memakai pakaian yang labuh, kerana secara fitrahnya lelaki akan boleh terus teransang bila melihat kecantikan wajah wanita, bentuk tubuh badan wanita dan lenggok suara mereka. Tetapi lelaki cukup untuk menutup bahagian antara pusat dan lutut kerana tidak ada wanita yang teransang melihat rambut lelaki dan melihat lelaki memakai seluar. Malah keseluruhan badan
lelaki pun belum tentu dapat mengghairahkan kebanyakan wanita.

Mempertikaikan hukum Allah yang sabit nas yang qatie adalah tindakan orang yang tidak berfikir. Persoalan kasihan kepada pencuri yang dipotong tangannya adalah kata-kata orang yang tidak berfikir. Seharusnya yang perlu dikasihankan adalah orang yang dicuri barangnya bukan yang mencuri barang orang lain. Dan pencuri yang mencuri disebabkan kemiskinan tidak akan dipotong tangannya kerana bercampurnya perkara
syubhah.

Seterusnya,mempertikaikan persoalan pewarisan harta 2:1 antara anak lelaki dan perempuan juga menunjukkan mereka tidak berfikir jauh. Dalam Islam, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Justeru, mendapat 2 bahagian pewarisan harta sekalipun, adakalanya bahagian yang dinikmati oleh si suami tidak sampai 1 bahagian pun setelah harta tersebut digunakan untuk menyara keluarga. Berbanding wanita, mereka tidak wajib menyara keluarga, justeru dah dapat 1 bahagian
pewarisan adalah mencukupi. Yang salah bukannya hukum Islam, tetapi sikap suami-suami yang menzalimi para isteri, dan mereka mempersoalkan hukum.

Kenapa orang murtad perlu dibunuh? Ia melanggar hak asasi manusia. Begitulah kira-kira dakwaan mereka dengan secara jahil menggunakan hujah “Tiada paksaan dalam beragama.” (al-Baqarah: 256)

Islam itu bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah satu cara hidup yang sempurna. Mempunyai sistem kehidupan yang lengkap dalam semua aspek. Sejahat-jahat kumpulan samseng mahupun along dan tonto, mereka juga patuh kepada sistem yang menjadi teras aktiviti jenayah mereka. Tetapi kenapa Muslim dihalang mengikut sistem hidup yang digariskan? Kalaulah isu hak asasi manusia itu penghalang, kebebasan peribadi itu dan ini, maka sudah tentu jabatan askar, polis, bomba juga mesti dikecam oleh
mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia membabi buta ini. Mereka dimestikan memakai pakaian seragam hampir sepanjang waktu.

Tidak ada askar dihantar kemedan perang dengan jersi bola sepak. Tidak ada polis trafik menjaga lalu lintas dengan baju Melayu lengkap bersampin. Tidak ada bomba memadamkan kebakaran dengan berbaju punk mahupun hip hop. Sedangkan mereka juga ada hak peribadi untuk memakai jersi, baju kebangsaan dan baju yang mereka minati pada bila-bila masa.Lalu jawapan mereka sudah pasti itu adalah kerana undang-undang, peraturan,sistem dan tugas mereka sudah begitu. Lantas tidak ada salahnya pada jabatan-jabatan tersebut. Manakala apabila Islam mahu melaksanakan undang-undang, segala sistem dan peraturannya ia dihalang dengan pelbagai alasan yang tidak masuk dek akal.

Seterusnya untuk berfikir dengan matang, kita adakalanya perlu berfikir dari luar kotak diri sendiri. Think outside the box. Kalau kita pelajar, cuba fikir sebagai guru dan pensyarah. Kalau kita bos, cuba berfikir sebagai pekerja bawahan. Kalau kita bapa, cuba berfikir sebagai anak. Kalau kita menteri,cuba berfikir sebagai rakyat biasa. Kerana manusia selalunya tidak nampak gajah di depan mata tetapi boleh melihat kuman nun jauh di kutub selatan.Kita adakalanya perlu berfikir di luar dari kelompok dan golongan kita sahaja. Kadang-kadang kita dah rasa cukup bagus, tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya, kita rasa kita sahaja yang betul dan orang lain itu
semuanya salah. Sedangkan konsep yang perlu kita pegang adalah keseluruhan manusia itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Orang yang suka berfikir tidak dapat dibodoh-bodohkan sewenangnya. Orang yang boleh membenarkan dirinya diperbodoh, dipergunakan dan dieksploitasi itu adalah orang yang tidak dapat berfikir dengan normal. Pelajar undang-undang akan menemui kes Geron Ali. Kes pembunuhan yang berlaku di Calcutta India pada tahun 1941. Kerana mempercayai membunuh orang boleh membawa ke syurga, dia akhirnya telah memenggal kepala seorang pemuda dan anak perempuannya kemudiannya tanpa rasa bersalah membawa
kedua-dua kepala itu di khalayak ramai dan seterusnya menyerahkan kepala-kepala tersebut kepada ketuanya. Akhirnya, mahkamah telah mendapati dia seorang yang tidak dapat berfikir dengan normal.

Itu kisah orang yang memang gila. Tetapi bagaimana pula orang yang boleh berfikir tetapi masih membenarkan diri mereka dipergunakan? Seperti diberi jawatan mufti, imam besar dan qadhi lalu dikehendaki berceramah dan berkhutbah mengikut selera pemerintah semata-mata bukannya bercakap berlandaskan kebenaran.Diberi jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan lalu tugasnya hanya menurunkan tandatangan di bawah kata-kata,”Saya Yang Menurut Perintah.” Bukannya tidak boleh berfikir. Tetapi perihal duit selalu menjadi penghalang kepada mereka yang sudah bekerja untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kerana itulah bekerja sendiri itu jauh lebih baik dari makan gaji.

Orang yang berfikir dan berani bertindak selalunya digelar aktivis. Sama ada aktivis pelajar, aktivis buruh dan lain-lain. Mereka ini adalah golongan yang perlu dibendung dan disekat oleh pemerintah yang mengamalkan kuasa pemerintahan aliran seni kediktatoran. Kalau dipandang sekali imbas, apa yang nak ditakutkan kepada manusia yang masih membeli buku dengan duit ibu bapa ini? Apa yang nak digeruni kepada manusia-manusia yang bekerja bagai nak rak 24 jam sehari semalam ini? Tetapi bila difikirkan pengaruh dan kuasa tersembunyi yang ada pada mereka, lalu
diperkenalkanlah segala macam akta serta peraturan biar mereka takut untuk berfikir jauh serta kritis supaya tidak ada penentangan yang berlaku terhadap seni kediktatoran mereka.

Negara-negara maju tidak pernah menghalang kebebasan berfikir terhadap rakyat mereka. Lalu mereka terus maju dan maju. Tetapi negara-negara mundur dan membangun begitu takut kepada rakyat mereka yang boleh berfikir secara kritis. Lalu berterusanlah mundur dan terbantut dan tidak maju-maju.

Rasulullah saw tidak menyukai sahabat-sahabat besar bertanyakan hal-hal kecil kepada baginda. Kerana dalam perkara-perkara cabang, berfikir sendiri pun mereka sudah boleh mendapat jawapannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip umum yang digariskan baginda. Malah, baginda sendiri banyak mengamalkan syura dengan para sahabat, sedangkan baginda adalah nabi yang sentiasa boleh meminta wahyu dari Allah. Tetapi untuk menggalakkan budaya berfikir, maka suasana yang sihat perlu diwujudkan dengan saling berbincang, tegur-menegur dan mengkritik secara baik. Sekiranya semua perkara itu perlu kepada penurunan wahyu yang khusus, sudah tentu Islam tidak akan berkembang denganbaik selepas kewafatan Nabi saw.

Justeru, jadilah ubi berisi dan bukannya tong kosong.Fikirlah seluas-luasnya selagi mana ia tidak bertentangan dengan batasan syariat. Sesungguhnya keseronokan berfikir ini hanya dikecapi oleh orang-orang yang sudah melaluinya sahaja. Berfikir membebaskan diri kita dari budaya jumud dan taklid.Orang yang berfikir tidak akan membiarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Wallahua’lam.